
ALAM RAYA Enterprise
Kedai Buku “MUTIARA ILMU“
No.21, Jalan 65C, 0ff Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre,
53000 Kuala Lumpur
Telp : +6… , Facs : 603-40240320, sms : +6012-…
HP : +6… , email : manja58@yahoo.com
Website : http://www.arbuku.wordpress.com
Alam Raya Enterprise yang ditubuhkan pada 9 November 1987 dan kini menjangkau hampir 22 tahun, ditambah dengan kehadiran kedai bukunya Mutiara Ilmu (Jawahirul ‘Ilmu) yang diasaskan pada 9 Mei 2006, tetap bergerak dalam bidang buku, penyebaran ilmu, wacana pemikiran dan akan melangkah ke arena media kreatif lainnya. Beberapa tahun belakangan ini kami begitu rancak memasarkan buku-buku Indonesia; yang terbaru, terkini dalam segala bidang dan aspek keilmuan, mulai buku-buku Islam ; Ushuluddin, Tafsir, Hadis, dan berbagai pemikiran ulama muktabar, sebutlah Ibnu Katsir, Ibnu Taimiyah, Imam An Nawawi, Imam Mazhab yang empat, sampai kepada ulama dan cendikiawan besar mutaakhir seperti Al Imam Hasan Al Banna, Syed Qutb, Prof Dr Yusuf al Qaradhawy, Dr Moehammad Natsir, Prof Dr Hamka.
Disaat ini sedang dipasarkan tafsir-tafsir Al Qur’an karya ulama-ulama muktabar seperti Tafsir Ibnu Katsir karya Mufassir Besar Ibnu Katsir, Tafsir Imam Syafii karya Al Imam Asy Syafi’i, Tafsir Fi Zilalil Qur’an karya Asy Syahid Syed Qutb, Tafsir Sya’rawi karya Syekh Muhammad Mutawally Sya’rawi, Tafsir Al Qurthubi, Tafsir At Thabari, Tafsir Muyassar karya Dr Aid Abdullah Al Qarni,Tafsir Al Azhar karya Prof Dr Hamka, Tafsir Al Misbah karya Prof Dr Quraish Shihab, dilengkapi dengan kitab-kitab hadis Fathul Barr, kitab-kitab hadis shahih lainnya, Fikih Sunnah dan lain-lain. Tafsir-tafsir juga dilengkapi dengan Ensiklopedi Kemukjizatan Sains dalam Al Qur’an dan Sunnah, Ensiklopedi Dalil-dalil Hukum dalam Al Qur’an dan As Sunnah.
Selain itu kami juga memasarkan buku-buku bermutu dari Indonesia, dalam pelbagai bidang; buku-buku dakwah, harakah, tarbiyah, wanita dan kanak-kanak, sains dan teknologi, terutama yang berkaitan dengan Islam,sastra, budaya, sejarah,motivasi, ekonomi dan poerbankan Syariah, ilmu politik dan analisa politik Indonesia dan antarabangsa, akhlaq-adab-tasawuf dan buku-buku ilmiah populer lainnya, dan tentunya majalah-majalah hebat dari Indonesia; Suara Hidayatullah, Sabili, Al Mujtamak, Ummi-Annida, Tarbawi, Gozian dan majalah-majalah terkenal seperti Tempo, Gatra, Forum Keadilan, akhbar Jawa Pos, akhbar Koran Tempo, dan tabloid Bola, juga tidak lupa ada National Geografi versi Indonesia, Al Kisah, Hidayah dan banyak lagi
Buku-buku terbitan Alam Raya Enterprise :
1-TURKI NEGARA DUA WAJAH, Pengkhianatan Attaturk Terhadap
Dunia Islam terbitan sulung Alam Raya Enterprise, karya Almarhum Dr Abdullah
Azzam, dan diberi kata pengantar oleh Dr M Nur Manutty dan ditambah ulasan
anilisis yang mendalam dari sejarawan dan pemikir politik Timur Tengah Universiti
Malaya Prof Dr M Redzuan Othman. Harga RM 18,- sudah masuk cetakan ke empat April 09 ini.

2-CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA, kisah kehidupan rumah tangga
yang begitu menarik dinukilkan dalam kehidupan realiti harian, seorang Insan
Agung-Mujahid-Ulama dan Murabbi Al Imam As Syahid Hasan Al Banna, yang
begitu hebat dan berhasil dalam mendidik keluarga dan anak-anaknya.Harga
RM 13,- buku kedua terbitan Alam Raya Enterprise.

3-UMAR BIN ABDUL AZIZ, Peribadi Zuhud Penegak Keadilan
karya Dr Abdullah bin Abdul Hakam, mengandungi beberapa episod sejarah
perjalanan hidup Umar bin Abdul Aziz yang terdapat dalam pelbagai manuskrip di
beberapa muzium dan perpustakaan di Timur Tengah dan Eropah. Ini kisah kehidu
pan dan pemikiran ikon pemerintahan yang baik tauladan sepanjang zaman.
Harga RM 25,- buku ketiga keluaran Alam Raya Enterprise.
4-Fizhilalil Qur’an, Tafsir Agung yang ditulis oleh almarhum As Syahid Syed Qutub
fikrahnya yang jernih, aqidahnya yang istiqamah dan kecintaannya kepada Islam ada
lah segala-galanya, dengan berbagai renungan Tafsir ini ditulis dengan tangannya
yang kemudian dari akhir kehidupannya, beliau menulis dengan darahnya sebagai
As Syahid, harga 1 set RM 960,-

Tafsir Fi zhilal Qur'an
2-The Spirit Of Tahajjud

The Spirit Of Tahajud
3-Fikih Ekonomi Umar bin Al Khatab, rangkuman-rungkaian dan kajian mendalam oleh Dr Jaribah bin Ahmad Al-Haritsi untuk disertasi Ph Dnya di Universiti Ummul Qura. Buku ekonomi yang cukup komprehensif, diambil dari 607 buah buku rujukan tentang Umar, pemikirannya tentang dasar-dasar ekonomi, pembangunan ekonomi dan hubungan ekonomi antarabangsa, pengawasan negara terhadap ekonomi, kehidupan sosial dan pembangunan negara yang seimbang, antara roh-akliah dan jasadiah (fizik) Khazanah terlengkap berbicara tentang kehebatan Umar Bin Khattab, salah satu peribadi yang dibanggakan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Fikih Ekonomi Umar Bin Al-Khathab
3-Risalah Dakwah, 3 jilid karya As Syahid Al Imam Hasan Al Banna

Risalah Dakwah
4-Buku-buku Novel Cinta Islami, karya Habiburrahman el Shirazy
4-1-Ayat-ayat Cinta, nobel best deller dan terlaris di Indonesia dan Malaysia

Ayat-Ayat Cinta